Tuesday, August 9, 2011

Pengurusan Jenazah.....

sedikit ilmu yang nak aku kongsikan di blog ini setelah menghadirkan diri ke Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran Bahagian Agama & Kaunseling. Sepanjang berlangsungnya kursus ini membuatkan diri ini tertanya2 adakah aku ini seorang hamba Allah yang baik dan bersediakah aku utk menghadapi saat2 kematian, terlalu banyak persiapan yang belum dipersiapkan....bagaimanakan sekiranya org yang kita sayang pergi dulu dari kita macam2 bende berlegar dlm fikiran.Fikiran ini juga melayang teringatkan kawan baik ku disini aku gelarkan die S bagaimanakah hatinya sekarang ini yang telah kematian suami yang dikasihi sedangkan anak2 masih kecil lg yang mengharapkan kasih seorang ayah...betapa remuknya hati aku bila saat die menelefon pagi itu mengatakan suaminya telah kembali menemui Allah. Betapa remuknya hati aku tatkala datang menziarahinya sewaktu pengebumian arwah suaminya tetapi aku tahu die begitu tabah untuk menerima ujian dariNYA sesungguhnya Allah itu Maha Mnegetahui.....di sini aku coretkan ilmu yang hanya sedikit untuk dikongsikan semoga kita semua mendapat manfaatnya:



Sejurus Meninggal Dunia
- Pastikan telah benar2 meninggal dunia antaranya merasakan pergerakan nadinya di pergelangan tangan,meletakkan jari dihidungnya bagi memastikan nafasnya dan merapatkan ke dua belah matanya dengan membaca:maksudnya "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai(disisi Tuhanmu)"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba2ku yang berbahagia "Dan masuklah ke dalam Syurgaku" AlFajr:27-30

dan membaca doa berikut:
Maksudnya: :Dengan nama Allah dan (semoga meninggal dunia) atas agama Rasullah s.a.w

- Dilembutkan sendi2 tangan dan kakinya dengan menyapu minyak.
- Mulut dirapatkan (dianduh.
- Bukakan pakaian dan perhiasan termasuk gigi palsu dan ditutup seluruh anggota dengan kain yang bersih.
- Baringkan muka menghadap ke kiblat dengan meninggikan kepalanya.
- Kaki dan ibu jari kaki diikat.
- Letakkan besi yang ringan di atas perut seperti gunting kecil.
- Letakkan di tempat yang agak tinggi seperti di atas katil atau tilam.
- Semua yg hadir mestilah redha dengan qada' & qadar.
Sebaiknya jenazah diletakkan di dlm bilik dan jangan ditinggalkan mayat keseorangan sehingga dikebumikan.
- Sentiasa mendoakan mayat dengan tahlil dan membaca surah Al-Ikhlas.
- Segerakan urusan pengebumian di tanah perkuburan yang berhampiran.
- Sentiasa menyebut kebaikannya dan bukan keburukannya.
- Pastikan tiada unsur2 khurafat.
- Tidak meretapi dan menyesal di atas kematiannya.
- Sebaiknya dibakar setanggi utk menghilangkan bau yg tidak menyenangkan.
- Diumumkan kematiannya kepada jiran dan org ramai.

sehingga bersambung dgn tajuk tajhiz mayat.........








2 comments:

  1. tu la kak...kdg2 ilmu agama ni kite lupe nak belajar......bagus gak akak share ...dpt tau mane2 yg tak tau....

    ReplyDelete
  2. a'a lieya sesama la kita dapat manfaatnya.....

    ReplyDelete