Friday, May 20, 2011

~Member Kelab BA~

Salam,
20 may 2011 telah join kelab blogger.....tu pun terbaca dari blog Sang Puteri (Katek) so ummi pun klik la link disitu n klik join maka sah la diri ini telah menjadi ahli baru kelab tersebut.Tetiba terasa diri amatla kerdil dikalangan blogger yang gah2 tu sbbnyer ummi create blog pun sekadar mengisi masa yang terluang.....:)) harap semuanya sudila menjadi teman ummi yang hanyala insan yang kerdil dan hamba Allah yang lemah..... sesiapa nak join boleh la join selagi ianya masih dibuka:)

Friday, May 6, 2011

ikan oh ikan........

Salam semua,

Kali ini saya ingin bercerita mengenai buah ni rasanya sedap manis2 buah akak paling suka isinya yang warna purple kat rumah akak memang banyak pokok ni abah akak yang tanam.Tapi yang peliknya husband(en.azmi) akak memang peminat setia buah ni tapi bukan utk dimakan utk umpan ikan. die kata kalau buat umpan pakai buah ni memang ikan semua serbu kat die(akak x caya....huhuhuhu....)tapi bila die masuk pertandingan
berturut2 die menang maybe ade jgkla benarnya kut.....bagi pemancing2 tegar sila amek resipi ni yer:

- 4biji buah dragon fruit - warna purple ambil isinyer sahaja
- 5biji telur itik
- sedikit esen vanilla
kesemua diatas hendaklah dikisar.....selepas dikisar kesemua bahan tadi isi dalam bekas dan dijemur sehari semalam barulah boleh dijadikan umpan(boleh juga bahan tadi digaul dengan roti).....SELAMAT MENCUBA!!!!!!Good Luck!!!!!

p/s:kalau ade sape2 yang menang pertandingan memancing tu jgn lah lupa kan akak yer.....


bunganyer yang tengah berkembang ade plk peminat kat bunganye ni.......


buahnyer yang tgu masa utk dipetik.....sabarnyer en.azmi........x merasa la aku nak buah ni.....rezeki ikan huhuhuhu......

Thursday, May 5, 2011

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul - Nur Hannah Marissa


Orang yang dirai.......


alisya......cak...cak...cak....


Apa itu Aqiqah menurut pandangan islam

Maksud Aqiqah
Aqiqah ialah binatang sembelihan sebagai tanda kesyukuran di atas kelahiran seorang anak.

Hukum Aqiqah
Ia adalah sunat yang sangat dituntut ke atas bapa atau penjaga bayi.

Waktu Aqiqah
Ia sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi. Namun begitu, ia harus dilakukan oleh bapa atau penjaga bayi sejurus selepas kelahiran sehingga baligh. Setelah baligh, bapa atau penjaga tidak lagi dituntut untuk melakukan Aqiqah untuk anaknya tetapi anaknya itu boleh melakukan Aqiqah untuk dirinya sendiri.

Hikmah Ibadah Aqiqah

-Melahirkan rasa gembira dengan nikmat Allah s.w.t. iaitu kelahiran cahaya mata yang menjadi penyeri kehidupan rumahtangga.
-Menanam di dalam jiwa rasa pemurah dan menghilangkan rasa kedekut.
-Mengembirakan hati golongan yang tidak bernasib baik dan miskin dengan memberi mereka makan


Syarat Binatang Aqiqah
Binatang yang boleh dibuat Aqiqah adalah sama dengan binatang Qurban iaitu binatang ternakan sahaja seperti unta, lembu dan kerbau serta kambing dari segala jenisnya. Binatang tersebut mestilah selamat dari sebarang jenis kecacatan yang menjejaskan dagingnya seperti terlalu kurus, tempang yang jelas, sakit yang menyebabkan binatang itu kurus atau dagingnya memudaratkan, buta sebelah dan terpotong telinga. Bagi lembu dan kambing yang ingin disembelih, ia mestilah berumur tidak kurang dari dua tahun dan bagi biri-biri pula, mestilah berumur tidak kurang dari setahun atau setelah bersalin gigi hadapannya walaupun belum cukup setahun.

Hukum Berkongsi Binatang Aqiqah
Seekor kambing telah memadai untuk seorang bayi samada lelaki atau perempuan tetapi adalah lebih baik disembelih dua ekor kambing untuk seorang bayi lelaki dan seekor kambing untuk seorang bayi perempuan.Manakala seekor lembu boleh dikongsi untuk tujuh orang bayi.

Pengagihan Daging Binatang Aqiqah
Daging binatang yang disembelih sunat dimasak terlebih dahulu sebelum diagihkan.

semoga dengan keterangan di atas dapat membantu menambahkan pemahaman kepada para ibu-bapa berkenaan dengan ibadah aqiqah.

Dengan itu juga ummi dan abi telah mengadakan Majlis Aqiqah & Cukur Jambul buat Nur Hannah Marissa pada 18 Mac 2011 yang lalu moga Marissa menjadi anak yang Solehah agar menjadi bekalan ummi & abi di kubur dan akhirat nnti amin.....

Majlis ini dirancang selepas sahaja kelahiran Marissa pada tanggal 13 Jan 2011. Telah dibuat di rumah wan dan atuk sama seperti kakak Madihah dulu. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang ringan tulang membantu dalam mengadakan majlis ini dan majlis berjalan dengan lancarnya sebagaimana yang dirancang.Alhamdulilah....


sebelum majlis- budak berdua ni ade2 je nak cari jalan gaduh.....



atuk doakan saya jadi anak solehah tau.....


Our Lovely Daughter....


renjis2 ditabur.....


budak 3org yang suke buat kecoh.....


Rambut yang digunting dibubuh dalam air kelapa muda.....



banyak lagi gambar ummi dah upload dalam FB.....:)

~tragedi ulu bendul~

salam pagi semua,harap semuanya sihat sejahtera dibawah perlindungan Allah hendaknya...bila terdengar berita dan terbaca surat khabar sedih betul dengan kejadian yang menimpa 3 beradik yang lemas ketika mandi manda di Ulu Bendul tu x dapat nak bayangkan bagaimana kah perasaan keluarganya yang menghadapi dugaan tu lebih2 lagi ibunya. x dapat nak gambarkan bagaimana lah kalau ummi yang mengalaminya mungkin seluruh jiwa ummi akan pergi juga bersama jasad yang kebumikan. Salam TAKZIAH ummi ucapkan kepada keluarga arwah terutama ibu bapanya semoga kalian tabah menghadapinya sesungguhnya PENCIPTAnya lebih menyayanginya....AL-FATIHAH utk adik Nur Syaza Alisa,Nur Syaza Azira dan Nur Syaza Sakinah(masih belum dijumpai)yang pastinya mereka telah disediakan tempat yang indah dan penuh kenikmatan.


gambar diambil daripada KOSMO.........

Tuesday, May 3, 2011

1st time ummi terlupa.......


Maafkan ummi sesungguhnyer ummi betul2 terlupa....maklumlah dh cuti 3 hari sampai terlupa arini ari selasa sepatutnyer arini madihah pakai uniform sekolah bukannyer baju sukan....hehehehe....mcm mana lah ummi nyer blh terlupa.....

rentetan peristiwa......
5.00am - bangun utk menyusukan Marissa;
5.45am - siap2 letakkan baju Madihah & Ummi utk digosok(abi yg iron...)
6.00am - mengqada' hajatkan....
6.15am - kejutkan madihah utk mandi....
6.45am - madihah minum susu....
7.00am - siap2 pakai baju sekolah....
7.25am - hantar madihah ke Tadika madihah tanya kenapa die sorang je pakai uniform....yg umminyer siap tanya lg kat teacher ade apa ari ni ade aktiviti luar ke....teacher kata arini memang kene pakai baju sukan sebab ari selasa....laaaa ummi lupaaa....sorry yer....yg madihah dah cembeng nak nangis slow talk ngn teacher kata x pe....teacher x marah....sampai skrg rasa bersalah nmpak sngat umminyer dh jd pelupa....mungkinkah sebab umur dh meningkat semakin lupa....yg abi nyer pun relax je duk iron baju x igtkan langsung kat umminyer....huhuhuhu....lepas ni kene buat reminder laaaa nampaknyer....

moralnyer ingatlaaaa rumah kata pergi kubur kata mari tingkatkan amalan sebanyak yang mungkin semoga DISANA nanti kita tidak sia2......