Thursday, May 5, 2011

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul - Nur Hannah Marissa


Orang yang dirai.......


alisya......cak...cak...cak....


Apa itu Aqiqah menurut pandangan islam

Maksud Aqiqah
Aqiqah ialah binatang sembelihan sebagai tanda kesyukuran di atas kelahiran seorang anak.

Hukum Aqiqah
Ia adalah sunat yang sangat dituntut ke atas bapa atau penjaga bayi.

Waktu Aqiqah
Ia sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi. Namun begitu, ia harus dilakukan oleh bapa atau penjaga bayi sejurus selepas kelahiran sehingga baligh. Setelah baligh, bapa atau penjaga tidak lagi dituntut untuk melakukan Aqiqah untuk anaknya tetapi anaknya itu boleh melakukan Aqiqah untuk dirinya sendiri.

Hikmah Ibadah Aqiqah

-Melahirkan rasa gembira dengan nikmat Allah s.w.t. iaitu kelahiran cahaya mata yang menjadi penyeri kehidupan rumahtangga.
-Menanam di dalam jiwa rasa pemurah dan menghilangkan rasa kedekut.
-Mengembirakan hati golongan yang tidak bernasib baik dan miskin dengan memberi mereka makan


Syarat Binatang Aqiqah
Binatang yang boleh dibuat Aqiqah adalah sama dengan binatang Qurban iaitu binatang ternakan sahaja seperti unta, lembu dan kerbau serta kambing dari segala jenisnya. Binatang tersebut mestilah selamat dari sebarang jenis kecacatan yang menjejaskan dagingnya seperti terlalu kurus, tempang yang jelas, sakit yang menyebabkan binatang itu kurus atau dagingnya memudaratkan, buta sebelah dan terpotong telinga. Bagi lembu dan kambing yang ingin disembelih, ia mestilah berumur tidak kurang dari dua tahun dan bagi biri-biri pula, mestilah berumur tidak kurang dari setahun atau setelah bersalin gigi hadapannya walaupun belum cukup setahun.

Hukum Berkongsi Binatang Aqiqah
Seekor kambing telah memadai untuk seorang bayi samada lelaki atau perempuan tetapi adalah lebih baik disembelih dua ekor kambing untuk seorang bayi lelaki dan seekor kambing untuk seorang bayi perempuan.Manakala seekor lembu boleh dikongsi untuk tujuh orang bayi.

Pengagihan Daging Binatang Aqiqah
Daging binatang yang disembelih sunat dimasak terlebih dahulu sebelum diagihkan.

semoga dengan keterangan di atas dapat membantu menambahkan pemahaman kepada para ibu-bapa berkenaan dengan ibadah aqiqah.

Dengan itu juga ummi dan abi telah mengadakan Majlis Aqiqah & Cukur Jambul buat Nur Hannah Marissa pada 18 Mac 2011 yang lalu moga Marissa menjadi anak yang Solehah agar menjadi bekalan ummi & abi di kubur dan akhirat nnti amin.....

Majlis ini dirancang selepas sahaja kelahiran Marissa pada tanggal 13 Jan 2011. Telah dibuat di rumah wan dan atuk sama seperti kakak Madihah dulu. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang ringan tulang membantu dalam mengadakan majlis ini dan majlis berjalan dengan lancarnya sebagaimana yang dirancang.Alhamdulilah....


sebelum majlis- budak berdua ni ade2 je nak cari jalan gaduh.....



atuk doakan saya jadi anak solehah tau.....


Our Lovely Daughter....


renjis2 ditabur.....


budak 3org yang suke buat kecoh.....


Rambut yang digunting dibubuh dalam air kelapa muda.....



banyak lagi gambar ummi dah upload dalam FB.....:)

No comments:

Post a Comment